:: SYARAT KELAYAKAN PENERIMAAN INSENTIF PATUH SHARIAH :: 2016-09-12 21:28:36

Assalamualaikum/Salam sejahtera,

Untuk makluman semua, pada 9 September 2016 yang lalu Syarikat telah menerima Sijil Kepatuhan Shari’ah yang diiktiraf oleh Ustaz Dr. Zaharuddin Bin Abdul Rahman (UZAR) selaku Pengerusi Jawatankuasa Shari’ah ONEXOX. Pengiktirafan ini merupakan satu pencapaian ulung Syarikat didalam industri telekomunikasi dan juga sebagai batu loncatan kepada kita semua untuk bergerak memasarkan ONEXOX dengan lebih yakin. Sedikit perkongsian, sebelum Syarikat mendapat pengiktirafan ini, kaji selidik yang rapi serta perbincangan secara khusus telah dilakukan keatas pelbagai aspek bermula daripada laman web Syarikat, setiap pelan dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna, skim insentif UGU, pelan pemasaran yang ditawarkan kepada pengedar, Onesys, borang-borang yang digunapakai, terma & syarat yang terkandung didalam kontrak perjanjian pengedar sehinggalah kepada hal ehwal kewangan Syarikat bagi memastikan tiada unsur-unsur penindasan, gharar (ketidakjelasan/‘misleading’) dan yang pentingnya hasil pendapatan Syarikat adalah daripada sumber yang halal.

Sehubungan pengiktirafan ini, SILA AMBIL MAKLUM bahawa Syarikat telah mengenakan syarat baharu bagi menggantikan pemansuhan top-up peribadi RM30 untuk melayakkan penerimaan insentif kepada semua pengedar. Syarat adalah seperti berikut:

 1.       Semua pengedar yang didaftarkan sebelum atau pada 31 Ogos 2016:

Dalam tempoh 6 (enam) bulan pertama (pusingan sasaran pertama) bermula 1 September 2016 sehingga 28 Februari 2017, mesti memenuhi syarat A & B seperti berikut:

A)
i.
 pengedar-pengedar mestilah mencapai sasaran minima 100 (seratus) pengaktifan SIM berserta top-up minima RM5 setiap satu; ATAU

ii. pengedar-pengedar mestilah mencapai sasaran jualan e-recharge (top-up) minima RM500 (dalam tempoh 6 bulan - 1pusingan) kepada pengguna-pengguna atau keatas nombor DREG pengedar itu sendiri;

B) Ada pendaftaran baru dalam tempoh 6 bulan (1 pusingan)

 untuk terus menerima pembayaran insentif bagi tempoh 6 (enam) bulan keduanya bermula 1 Mac 2017 sehingga 31 Ogos 2017. Dalam tempoh 6 (enam) bulan kedua (pusingan sasaran kedua) itu jugalah pengedar-pengedar mesti mencapai sasaran yang sama bagi melayakkan penerimaan insentif untuk tempoh 6 (enam) bulan yang seterusnya.

SOALAN: Susahkah nak capai KPI ini???

JAWAPAN:
KPI yang paling mudah, bagaimana cara yang paling senang nak capai,...Saya pilih sahaja syarat ke (ii) iaitu jualan e-recharge (top-up) minima RM500 dalam tempoh 6 bulan.... bermakna setiap bulan saya hanya perlu jual erecharge minima RM85 sahaja (anggaran).

Apabila saya mula daftar sebagai Sub Dealer dan dapat 5 simkad, saya mulakan dengan promote keluarga terdekat seperti suami/isteri, anak2, ibu-bapa, adik/kakak/abang, jiran terdekat dll,... ***biasanya 5 keping memang tak cukup, kena restock lagi,..

Saya hanya perlukan 3 orang sahaja,... jika mereka topup setiap seorang RM30,.. dah jadi RM90 (kan dah lebih dari RM85) .. ha...ha.. tu belum masuk topup diri sendiri lagi,.. belum lagi user2 yang lain lagi,... SENANG KAN KAN,...  Kalau ini pun tak boleh, dinasihatkan jadi user biasa dah la,..
TIADA MASALAH KPI tetapi LEBIH MENGUNTUNG DEALER UNTUK JANGKA MASA PANJANG
.
KPI ini diadakan sebagai tanda komitment anda kepada syarikat - dealer adalah sebahagian dari syarikat.
SEBAGAI DEALER - JANGAN TOPUP DI KEDAI SEBAB ANDA SENDIRI ADALAH KEDAI TOPUP

FAHAMI KPI MUDAH

 2.       Semua pengedar yang didaftarkan pada atau selepas 1 September 2016:

Bermula daripada baki hari didalam bulan semasa pendaftaran pengedar serta tempoh 6 (enam) bulan seterusnya (iaitu pusingan sasaran pertama), syaratnya adalah seperti pada butiran 1.i ATAU ii di atas untuk terus menerima pembayaran insentif bagi tempoh 6 (enam) bulan keduanya. Dalam tempoh 6 (enam) bulan kedua (pusingan sasaran kedua) itu jugalah pengedar-pengedar mesti mencapai sasaran yang sama bagi melayakkan penerimaan insentif untuk tempoh 6 (enam) bulan yang seterusnya.

Dalam erti kata lain, setiap pengedar wajib mencapai sasaran minima yang sama bagi setiap pusingan 6 bulan untuk menerima insentif secara terus menerus.

 Pengedar-pengedar yang dihargai, keputusan mengenakan syarat baharu ini telah dibuat atas nasihat UZAR untuk memastikan cara pembayaran insentif tidak mencurigakan dan bersesuaian dengan tuntutan shari’ah iaitu mengenakan hibah (pemberian hadiah/insentif) bersyarat dimana pengedar-pengedar dikehendaki meneruskan kerja-kerja bagi menerima hibah.

Dengan ini, Syarikat amat berharap agar semua pengedar dapat menerima syarat baharu ini dengan positif, mengambilnya sebagai garis panduan untuk menjana pendapatan yang boleh dibanggakan dan memanfaatkan platform perniagaan mampu milik ini sebaik mungkin. Semoga pengiktirafan kepatuhan shari’ah ini memberi anda lebih keyakinan terhadap produk ONEXOX serta halatuju Syarikat dan secara langsung mempermudahkan aktiviti jualan anda di luar sana.

Sekian, terima kasih.

Dari Pengurusan Onexox